Jenis – jenis tudung 

Terdapat pelbagai jenis tudung yang biasa digunakan oleh pelajar sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah seperti tudung awning lembut, awning scuba, tudung dagu getah dan tudung dua lapis. Disini saya terangkan setiap jenis tudung supaya puan dapat memilih tudung yang terbaik untuk anak-anak puan.

Kebiasaannya apabila kanak-kanak mula melangkah ke alam persekolahan, mereka baru belajar memakai tudung.  Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mencari tudung yang mudah untuk mereka gunakan dan hanya perlu sarung sahaja.  Selain itu, pemilihan material tudung amat penting supaya mereka akan selesa bertudung. Anak-anak akan rasa sejuk dan selesa bertudung jika menggunakan tudung yang diperbuat daripada material yang berkualiti dan bermutu seperti material Lycra Korea Original. Material ini bukan sahaja sejuk tetapi kainnya lembut dan selesa untuk dipakai seharian di sekolah. Pemilihan saiz tudung amat penting supaya kanak-kanak tidak perlu memakai sebarang pin untuk mengelakkan pin tajam tercucuk.

Tudung sekolah murah

tudungsekolahMesti puan terfikir kenapa tudung sekolah berbeza harga walaupun majoritinya menggunakan kain Lycra Korea?

           Sebenarnya, di pasaran terdapat dua jenis Lycra Korea iaitu Lycra Korea yang memang betul dihasilkan di Korea (Original) manakala satu lagi Lycra Korea yang dihasilkan di China. Lycra Korea tiruan yang dihasilkan di China, harga jauh lebih murah daripada yang dihasilkan di Korea. Kain Lycra Korea tiruan kurang berkualiti berbanding yang dihasilkan di Korea. Selain itu, kainnya panas dan kanak-kanak tidak selesa untuk memakainya.

         Kita sendiri akan rasa rimas apabila memakai tudung kain panas seharian, kan? Bagaimanakah anak-anak kita rasa apabila bertudung seharian di sekolah dengan memakai tudung kain Lycra tiruan. Kesiannyer 😭

        Dengan hanya RM16.90, puan dah boleh dapat tudung sekolah yang dihasilkan dari Lycra Korea Original. Anak-anak puan pastinya seronok dan selesa bertudung di sekolah.

CARA MENGENALPASTI KAIN LYCRA ORIGINAL ATAU TIRUAN

Pegang kainnya, jika terasa kesat, terlalu tebal dan panas, itu berkemungkinan kainnya ‘made in China’. Apabila dipakai, kainnya panas dan tidak meresap peluh.

Tudung sekolah awning lembut (soft awning)

Tudung sekolah awning lembut (soft awning)Tudung awning lembut jenama tudungsicomel (tsc) menggunakan material bermutu dan berkualiti tinggi iaitu Lycra Korea Original. Apabila kanak-kanak memakai tudung ini mereka akan rasa sangat selesa kerana kainnya lembut dan sejuk. InsyaAllah kanak-kanak tidak rasa panas atau berpeluh-peluh apabila memakainya. Tudung awning lembut ini bukan sahaja sesuai dipakai di sekolah tetapi amat sesuai di pakai ketika keluar bersiar-siar bersama keluarga.

Tudung awning lembut daripada tudungsicomel ini sangat mudah untuk dibasuh, hanya campak jer dalam mesin basuh. Puan tidak perlu risau, awningnya tetap elok terbentuk dan tidak akan patah atau rosak.

Salah satu keistimewaan tudung awning lembut ini adalah potongan tudung ini bentuk ‘S’ yang membuatkan kanak-kanak akan kelihatan sangat kemas apabila memakainya. Selain itu, lilit muka tudung adalah sesuai dengan cadangan umur. Puan hanya perlu ikut sahaja carta saiz yang diberikan. Jahitan tulang 1 tapak membuatkan tudung ini melekap elok di muka. InsyaAllah apabila anak-anak puan pakai akan kelihatan elok terbentuk, tidak ketat atau longgar dan juga tidak perlu memakai pin (brooch). Yang paling best kan, tudung ini sukar berkedut dan mudah digosok kerana menggunakan material yang bermutu. Terdapat saiz dari SS hingga L dan 22 warna yang cantik sangat-sangat. Harganya hanya RM16.90 sahaja. Untuk dapatkan tudung awning lembut, klik sini.

Keistimewaan
Keistimewaan tudung sekolah tsc (Awning Scuba & Awning Lembut)
saiz SS – tadika
Ukuran
ukuran
warna Awning
22 warna Tudung Awning Lembut

Inner rainbow
Tudung Awning Lembut tsc sesuai dipakai dengan inner rainbow supaya rambut anak2 tak terkeluar keluar. Anak2 pun selesa bertudung
InnerRainbow
Inner rainbow ni hanya RM6.90 sahaja

 

Tudung sekolah awning Scuba

Scuba             Masalah yang biasa dihadapi dengan tudung awning scuba ialah kain scuba cepat lusuh, turun warna serta menjadi keras kejung dan kelihatan seperti tudung murahan selepas dibasuh. Ini kerana, material scuba sebenarnya adalah dikhaskan untuk membuat baju renang, bukannya tudung. 

             Kini, puan tidak perlu risau lagi. Memperkenalkan tudung awning scuba daripada jenama tudungsicomel (tsc). Tudung awning scuba dari tsc menggunakan inovasi teknik jahitan yang dikenali sebagai teknik ‘LAPS3’. Kelebihan teknik ini ialah ianya menjadikan tudung kelihatan lebih kemas daripada tudung yang dihasilkan daripada tudung awning scuba yang biasa. Tiada lagi masalah awning kelepet-kelepet yang merimaskan. 

             Tudung awning scuba jenama tudungsicomel ini menggunakan material yang sama dengan tudung awning lembut aiaitu material Lycra Korea Original. Kelebihan material ini ialah kainnya lembut, gebu dan sejuk. InsyaAllah kanak-kanak akan selesa apabila memakainya. Tudung ini amat mudah dibasuh. Walaupun dicampak lebih 100 kali ke dalam mesin basuh, awningnya tetap elok terbentuk dan tidak rosak.

           Apa yang membuatkan tudung selesa dipakai ialah teknik potongan khas bentuk ‘S’ dan pemilihan garisan ‘ira’ yang sesuai membuatkan tudung ini terletak elok di bahu kanak-kanak dan nampak sangat kemas. Tudung awning lembut dan awning scuba daripada tudungsicomel dijahit oleh tukang jahit yang berpengalaman luas dalam menghasilkan tudung-tudung sekolah selama bertahun-tahun. 

        Selain itu, tudung ini dijahit dengan empat ukuran khas iaitu saiz SS, S, M dan L. Saiz ini adalah saiz ukuran istimewa yang telah buat penambahbaikan sejak 7 tahun lepas. InsyaAllah, apabila kanak-kanak memakainya tudung ini akan kelihatan elok terbentuk, tidak ketat atau longgar dan juga tidak perlu memakai pin (brooch). Yang paling best adalah tudung ini sukar berkedut dan mudah digosok kerana diperbuat daripada material yang bermutu dan berkualiti. Terdapat 18 warna tudung awning scuba yang cantik sangat dan harga hanya RM19.90 sahaja

keistimewaan
Keistimewaan Tudung awning Scuba tsc

Scuba1

Tudung awning scuba lagi elok terbentuk

Scuba2

Scuba3

Tudung sekolah awning Scuba

Ukuran
ukuran
Awning scuba
18 warna tudung sekolah awning scuba

Inner rainbow

Tudung Awning Scuba tsc sesuai dipakai dengan inner rainbow supaya rambut anak2 tak terkeluar-keluar. Anak2 pun selesa bertudung

Keistimewaan inner
Keistimewaan inner rainbow. Terbuka di belakang untuk pengudaraan dan keselesaan anak2.
InnerRainbow
Inner rainbow ni hanya RM6.90 sahaja

 

Perbezaan tudung Awning Lembut & Awning Scuba

a) Awning scuba mempunyai awning yang sedikit tebal berbanding awning lembut.

b) Lapisan dalam Awning Scuba dijahit menggunakan material yang disebut sebagai kain scuba. Kain scuba ini memang tidak kelihatan pada tudung kerana terletak pada lapisan dalam. Manakala, awning lembut pula pada bahagian awningnya kosong, tidak ada lapisan lain di dalamnya. Rujuk gambar di bawah 👇

c) Tudung awning lembut tsc tidak nipis dan juga tidak tebal, hanya sedang-sedang sahaja. Manakala tudung awning scuba, tebal sedikit daripada yang biasa. Kesimpulannya ialah kedua-dua jenis tudung ini elok terletak dan terbentuk kerana diperbuat daripada material yang berkualiti.  Yang membezakannya ialah awning scuba lebih muncung daripada awning lembut.

 

Tudung sekolah dua lapis

Salam kawan-kawan, kami ingin memperkenalkan Tudung Sekolah Dua Lapis Istimewa dari TudungSiComel.

Mudah dan Selesa. Tudung Sekolah yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dari material Soft Koshibo berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Selesa, Lembut dan Terbentuk.

Keistimewan tudung sekolah dua lapis :-

  • Tudung Sekolah Dua Lapis dengan Potongan Istimewa yang memberi keselesaan pada Si Comel sepanjang hari persekolahan.
  • Material Koshibo Lembut (Soft Koshibo) berkualiti yang mudah digosok dan kurang kedutan, serta jatuh cantik dan tidak melekat!
  • Mudah dipakai dan mudah dibasuh
  • Terdapat saiz SS, S dan L. Untuk kanak-kanak berumur 5 tahun sehingga remaja. Ada 7 warna iaitu Putih, Biru Pengawas, Hitam, Pink, Kelabu, Hijau dan Biru Gelap. 

Harga : RM19.90. Untuk dapatkan tudung dua lapis, klik sini

ran2lapis
ukuran
Tudung2 lapis tsc
warna-warna tudung 2 lapis jenama tudungsicomel

Tudung sekolah hitam dua lapis

Tudung sekolah hitam dua lapisMudah dan Selesa. Tudung Sekolah yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dari material Soft Koshibo berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Selesa, Lembut dan Terbentuk.

Keistimewan tudung sekolah hitam dua lapis :

  • Tudung Sekolah Dua Lapis dengan Potongan Istimewa yang memberi keselesaan pada Si Comel sepanjang hari persekolahan.
  • Material Koshibo Lembut (Soft Koshibo) berkualiti yang mudah digosok dan kurang kedutan, serta jatuh cantik dan tidak melekat!
  • Mudah dipakai dan mudah dibasuh
  • Terdapat saiz SS, S dan L. Untuk kanak-kanak berumur 5 tahun sehingga remaja.
  • Harga : RM19.90. Untuk dapatkan tudung dua lapis, klik sini. 

 

Tudung sekolah dua lapis jenama Himayya

Tudung 2 lapis Himayya                Tudung sekolah dua lapis Himayya dikenali sebagai Mayya Sofiyya.

           Tudung ini adalah tudung yang paling latest dan trending di pasaran untuk tudung dua lapis dan tiada lagi awning kelepet atau susah dijaga. Awning tetap elok terletak dan terbentuk walaupun tudung tersebut tidak digosok.
Tudung ini juga senang digosok dan susah berkedut. Potongan bahu yang sesuai membuatkan tudung anak-anak anda akan kelihatan lebih kemas. 

             Tiada lagi masalah bahu gelebeh menutupi separuh badan anak-anak anda. Terdapat saiz S, M dan L untuk anak-anak berumur 7 tahun sehinga 12 tahun. Harga sehelai tudung adalah RM39 tetapi sekarang ada harga promosi sehelai hanya RM29.00 sahaja. Promosi Kombo 5 helai = RM99 (boleh campur dengan tudung Mayya Irdina) Untuk dapatkan tudung Mayya Sofiyya boleh klik disini.

Himayyakombo
Promosi kombo 5 helai = RM99. Sehelai RM29
Perbezaan himayya
Perbezaan tudung sekolah Mayya Irdina & Mayya Sofiyya
Ukuran Sofiyya
Ukuran tudung sekolah dua lapis (Mayya Sofiyya)
Warna
Warna Mayya Sofiyya

 Tudung sekolah dagu getah Himayya (Mayya Irdina)

Tudung sekolah dagu getah jenama HimayyaTudung sekolah jenis awning lembut, gulung masuk beg pun tak patah.
Tudung mesra ibu dan senang nak jaga, basuh la cara mana pun awning tetap on point.

CUTTING MUKA DIJAMIN FIT dan KEJAP

Cutting muka yang perfect, tak longgar dan tak ketat
pasti ngam di muka anak anda.

LUPAKAN SEGALA PIN DAN BROOCH

Design Mayya Irdina yang direka khas dengan saiz muka fleksibel memastikan anda tak perlukan lagi pin atau brooch.
Jauh sekali nak kena menjahit ruang muka besar nak bagi kecil. Takde lagi la isu cari brooch pagi-pagi sebelum pergi sekolah.

KAIN BERKUALITI, TAK CEPAT ROSAK

Material lycra pandora, kain tak jarang dan tak panas.Sesuai untuk aktiviti harian anak-anak yg aktif ; pergi tuisyen, mengaji, main di taman, kokurikulum, gotong-royong sekolah, main badminton, jogging di taman, eh semua lah!
ringan dan cepat kering. Material jenis ini mudah dijaga. masuk washing machine takde masalah. Cara cuci pun senang. Malah tak perlu iron. Terdapat saiz XS, S, M dan L. Harga RM49 tapi sekarang ada sale, harga sehelai hanya RM29 sahaja. Promosi kombo 5 helai = RM99. Klik sini untuk dapatkan tudung Mayya Irdina.

Himayya
Tudung sekolah himayya lagi elok terbentuk & terletak
Himayyakombo
Promosi kombo 5 helai = RM99. Sehelai RM29
Cara ukur irdina
Cara mengukur tudung sekolah Mayya Irdina
Ukuran Irdina
Ukuran tudung Mayya Irdina (dagu getah)
Mayya irdina
Warna2 tudung sekolah Mayya Irdina (tudung dagu getah)
Inner weya
Tudung sekolah Mayya Irdina dipadankan dengan Inner Weya supaya rambut anak2 tak terkeluar-keluar. Anak pun selesa bertudung di sekolah.
Kelebihan weya
Kelebihan Inner Weya
Cara pakai
Cara pakai Inner Weya
Warna weya
Harga promosi Inner Weya RM10

NOTA PENTING!

❣️ 1 order =  Tak boleh campur brand yang berbeza. Nak campur kena bayar postage yang berasingan. Contoh jenis tudung yang boleh campur untuk 1 order adalah seperti di bawah 👇

✅ Tudung awning lembut + Tudung awning scuba + tudung 2 lapis tsc + inner rainbow (boleh campur yang mana2 jer)

✅ Tudung himayya ( Mayya Soffiyya + Mayya Irdina + Inner Weya ) boleh jer campur yang mana2. 

KOS PENGHANTARAN

🚚 Semenanjung = RM8

🚚 Sabah / Sarawak = ikut berat

Macam mana puan? Puan nak tudung jenis yang mana? Warna & saiz yang mana tue? Kalau dah buat keputusan, puan tengok kat sebelah kiri ada icon whatsapp kan? klik jer icon tue, terima kasih 😘

 

Kenapa tudung jenama tudungsicomel dan tudung himayya harga berbeza?

ok, macam ni. Kenapa ayam goreng kat KFC dan McDonald harga berbeza? Ayam goreng jer pun, sama jer. Betul ke sama? Tak sama kan? Satu brand KFC, satu lagi lagi brand McDonald. Haa.. lain kan, rasa pun tak sama. Samalah dengan tudung. Satu brand tudungsicomel dan satu lagi jenama Himayya. Material dan kain yang digunakan pun tak sama. 

Mana yang lagi bagus? Tudung dari jenama tudungsicomel dan himayya adalah diperbuat daripada material yang bermutu dan berkualiti. Bila anak-anak pakai rasa sejuk dan selesa. Takdelah anak-anak berpeluh-peluh jer bila  bertudung. Awning kedua-dua jenis jenama / brand ini terletak elok dan insyaAllah anak-anak puan takde masalah awning kelepek-kelepek kat sekolah. 

Nak pilih yang mana 1? Puan tengok budget puan dan pilihlah yang mana satu mengikut kemampuan puan. InsyaAllah anak-anak puan akan selesa bertudung kat sekolah. 

 

3 FAKTOR PENTING PEMILIHAN TUDUNG KANAK-KANAK

Masalah biasa bagi ibu-ibu yang ingin mendidik anak-anak bertudung seawal usia adalah tudung yang dihasilkan untuk mereka kebanyakannya tidak selesa dipakai. Tudung-tudung murah yang dihasilkan dari lebihan kain.

Sepanjang saya berkecimpung dalam industri penghasilan tudung untuk kanak-kanak, ada 3 faktor utama yang perlu kita ambil kira agar anak-anak kekal selesa dan gembira bertudung:

1. Material yang sesuai. Pemilihan material kain sangat penting kerana kulit kanak-kanak agak sensitif. Jadi kain yang lembut dan tidak terlalu tebal perlu digunakan dalam penghasilan tudung kanak-kanak. Kain yang paling sesuai dan lembut antaranya adalah Cotton Lycra.

Ini kerana material jenis ini lembut(kapas) dan ianya meregang(lycra) membuatkan material cotton lycra paling sesuai digunakan dalam penghasilan tudung untuk kanak-kanak.

2. Ukuran. Antara lain adalah masalah ukuran kerana bentuk muka kanak-kanak tidak seperti muka wanita dewasa. Mereka masih dalam proses tumbesaran dan penghasilan pola tudung yang sesuai sangat penting. Apabila ukuran tidak sesuai, kanak-kanak akan rasa rimas dan pastinya mereka akan tidak rasa gembira bertudung.

3. Rekacorak. Selain itu, rekacorak tudung untuk kanak-kanak adalah berbeza dari tudung dewasa kerana kanak-kanak aktif dan perlukan pakaian kepala yang tidak menganggu aktiviti mereka. Mereka perlu berasa bebas dan perlukan tudung yang ringkas dan tidak terlalu terbelit-belit.

Ini antara 3 faktor utama yang kita sebagai seorang ibu patut pertimbangkan apabila memilih tudung buat anak-anak kita.

Saya sendiri menghadapi masalah ini dahulu apabila tudung-tudung yang dibelikan kepada anak-anak saya hanya akhirnya tersimpan di dalam almari. Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu jahitan kita telah menghasilkan sendiri tudung untuk kanak-kanak sejak dari 2013 dan di sini kita kongsikan dengan ibu-ibu yang juga ingin melihat Si Comel mereka bertudung dengan bebas dan gembira.

Semoga anak-anak kita sama-sama membesar menjadi anak-anak solehah. Inilah kepuasan yang sangat indah sebagai seorang ibu.

Langkah-langkah pencegahan Covid 19

Memandangkan sekarang kita perlu memastikan anak-anak kita terhindar dari covid yang merbahaya ini, jadi salah satu perkara penting perlu kita ambil berat adalah sentiasa menukar uniform sekolah mereka setiap hari.
.
Tidak digalakkan memakai kembali uniform yang telah dipakai pada hari sebelumnya bagi mengelakkan sebarang risiko, terutama tudung sekolah yang terletak di bahagian muka(bahagian yang berisiko tinggi).
.
Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah, tuhan yang menguasai sekalian makhluk, semoga anak-anak kita terhindar dari sebarang musibah. Aamiin

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Open chat
1
Jika Tuan / Puan, memerlukan bantuan, kami sedia membantu :)