Tips warna pakaian mengikut hari

Tips warna pakaian mengikut hari dan psikologi. Harini anda pakai baju apa? Anda tahu tak, setiap warna pakaian yang anda pakai, mempunyai aura yang tersendiri yang dapat menyerlahkan lagi penampilan anda. Mengikut kajian pakar, pemilihan warna yang tepat adalah berdasarkan hari. Jadi, harini kak yana nak kongsikan tips warna pakaian mengikut hari dan psikologi.

Tips warna pakaian mengikut hari

Hari Isnin = Putih (Kesucian Rohani dan Semangat)

Tips warna pakaian mengikut hari Isnin

Sebagai permulaan hari, jadi amat penting kembali ke tempat kerja dengan mood yang positif. Pemakaian warna putih akan membuatkan anda berasa yakin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

Selasa = Merah Jambu atau Ungu (Hari Kasih Sayang)

Tips warna pakaian mengikut hari Selasa

Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura positif daripada merah jambu membuatkan anda berasa gembira dan selesa. Ini memudahkan bagi anda untuk fokus terhadap tugasan kerja atau belajar. Warna ini juga menjadikan anda lebih ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.

🌼 Rabu = Biru (Memudahkan Komunikasi)

🌼 Rabu = Biru (Memudahkan Komunikasi)

Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong anda untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.

🌼 Khamis = Kuning atau Oren (Bergerak Aktif )

🌼 Khamis = Kuning atau Oren (Bergerak Aktif )

Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan anda bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Warna ini juga membuat tubuh anda kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

🌼 Jumaat = Hijau (Beri Ketenangan )

🌼 Jumaat = Hijau (Beri Ketenangan )

Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri anda.

🌼 Sabtu = Merah (Berani dan Tuah)

🌼 Sabtu = Merah (Berani dan Tuah)

Warna merah sesuai dikenakan pada hari ini kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong anda agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.

Ahad = Hitam (Privasi dan Selesa)

Ahad = Hitam (Privasi dan Selesa)

Warna hitam membuatkan anda berada dalam zon selesa dan privasi. Suasana ini amat sesuai untuk kamu bersantai agar kembali bertenaga menghadapi cabaran hari esok.


TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT

Kulit Putih/Cerah

Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana banyak pilihan baju. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam & biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.

Kulit Sawo Matang

Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard org Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu gitu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam. 

Kulit Gelap/Hitam Manis

Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap. 

Semoga panduan warna ini dapat membantu anda memilih warna pakaian yg sesuai..

home
home
ig
follow Us

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Open chat
1
Jika Tuan / Puan, memerlukan bantuan, kami sedia membantu :)