Apa itu baju kurung?
Baju kurung adalah pakaian wanita dan merupakan pakaian rasmi di Malaysia, Indonesia, Brunie dan Singapura. Baju ini sesuai dipakai oleh semua peringkat umur dan biasanya digunakan di majlis perkahwinan, majlis agama dan majlis rasmi.
Di Malaysia, wanita melayu memakai baju in sebagai pakaian tradisional dan juga dijadikan pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Reka bentuk dan potongan baju adalah berbeza- beza mengikut negeri.
Jenis – jenis baju mengikut negeri
1. Johor (Teluk Belanga) Ianya diperkenalkan semasa Pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda menetapkan supaya labuh baju hingga bawah lutut dan lehernya dijahit halus. Kainnya disusun disebelah kiri. Baju jenis ini digunakan sebagai pakaian seragam pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

3. Kedah
Baju ini dipercayai berasal dari Selatan Thailand. Jenis baju ini menyerupai blouse pendek yang dibuat singkat sampai ke paras punggung. Kurung Kedah adalah baju yang longgar dan diperbuat daripada kain kapas Cotton) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis) yang jarang. Namun, bergantung pada corak yang dipilih. Dibahagian leher pula, dibuat bentuk potongan bujur sireh. Baju ini dipadankan dengan kain sarung yang diikat secara ambak mengalur dan dimasukkan di sebelah kiri atau kanan kain. Baju ini boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.
4. Perak
Baju jenis ini sukar dilihat pada masa kini. Baju ini dipakai oleh Puteri di Perak pada zaman dahulu. Reka bentuk baju ini amat berbeza dengan jenis kurung yang lain kerana ia dipakai dengan seluar dan sampin. Manakala, rekaan baju mempunyai persamaan dengan kurung cekak musang kerana memiliki kolar di bahagian leher.
5. Melaka
Pakaian tradisional bagi wanita Melayu Melaka ialah mereka lebih selesa menggenakan baju teluk belanga. Uniknya, baju ini diubah dengan mempunyai hiasan di dada dengan sibar layang dari baldu beserta manik dan labuci.
6. Negeri Sembilan
Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Baju kurung ini sama dengan kurung teluk belanga dan kebaya labuh yang dipadankan pula dengan kain sarung. Pakaian adat Minangkabau, bajunya daripada kain baldu atau satin yang berbenang emas atau perak, bermotifkan buluh rebung dan bunga-bunga kecil. Manakala tanduk kepala daripada selendang kaku diperbuat daripada tenunan benang emas dan dihias kida-kida. Bagi wanita bangsawan Minangkabau bajunya diperbuat daripada kain baldu bersulam emas yang bertatahkan labuci. Manakala, kainnya diperbuat daripada kain songket yang ditenun khas dari Batu Bara di Sumatera.
7. Sarawak
Keindahan pakaian dari Sarawak terserlah dengan hiasan kreatif yang dihias menggunakan tangan. Corak hiasan berbentuk motif etnik samada daripada tenunan, jalinan manik dan labuci. Kain yang biasa digunakan ialah kain songket.
Info tambahan - jenis-jenis baju mengikut negeri
Baju Negeri Kedah
Baju Melayu Negeri Kedah
☑ Baju Melayu Cekak Musang daripada material Songket dan baju mempunyai 5 butang.
☑ Baju Melayu dipadankan dengan samping songket dan kadangkala dipadankan juga dengan Baju Sikap di bahagian luar. Selain itu, ia turut dipadankan dengan pemakaian setanjak daripada material songket.
Baju Kurung Kedah
☑ Baju kurung kedah daripada material songket bunga tabur. Kainnya pula daripada songket dengan corak jalur berdiri yang berwarna hijau dan kuning.
☑ Selain itu, ia diserikan lagi dengan selendang songkat dari motif bunga tabur.
☑ Untuk menyerlahkan lagi penampilan, ianya turut dilengkapi dengan rantai leher dan gelang tangan. Sementara itu, sanggul pula dihiasi dengan cucuk sanggul dan bunga kecil bagi menampakkan manis si pemakai.
Baju Negeri Perlis
Baju Melayu Perlis
☑ Baju Melayu cekak musang berbutang lima dipadankan dengan Samping serta Tanjak daripada material Songket.
☑ untuk menyerlahkan lagi penampilan, boleh juga dipadankan dengan Baju Sikap di bahagian luar.
Baju Kebaya Perlis
🐣 Baju kebaya Perlis adlaah baju potongan moden yang berbelah di hadapan.
🐣 Baju kebaya ini turut diserikan dengan pemakaian kerongsang di bahagian lipatan hadapan baju.
🐣 Baju kebaya ini biasanya diperbuat daripada material Songket yang biasa dipakai oleh golongan bangsawan.
Baju Negeri Pulau Pinang
Baju Lelaki – Negeri Pulau Pinang
☑ Lelaki memakai pakaian cara barat iaitu Bush Jacket yang dipadankan dengan Samping bercorak tapak catur dan tarbus. Pakaian ini biasanya digemari oleh kaum Melayu Peranakan.
Baju kebaya Negeri Pulau Pinang
🐣 Biasanya baju kebaya sulam dipadankan dengan kain batik dan selendang yang menjadi kegemaran kaum Nyonya dan Chettiar.
🐣 Baju kebaya ini lazimnya disualam dengan motif bunga-bungaan dan dihiasi dengan kerongsang.
Baju Negeri Selangor
Baju Melayu Negeri Selangor
🐣 Baju Melayu cekak musang berbutang lima.
🐣 Baju melayu negeri Selangor biasanya diperbuat daripada songket bunga tabur berwarna kuning Diraja dan dipadankan dengan Samping dari material Songket.
🐣 Setanjak dipadankan sebagai pelengkap pakaian. Setanjak adalah dari jenis ikatan Balung Raja.
Baju Kebaya Negeri Selangor
🐣 Baju kebaya labuh negeri Selangor dipanggil The Malay Dress biasanya dipadankan dengan kain songket dan biasanya dipakai malam majlis keraian.
🐣 Baju kebaya ini dilengkapkan dengan Selendang dari material Songket atau Chiffon.
Baju Negeri Perak
Baju Melayu Negeri Perak
🐣 Baju melayu negeri Perak adalah baju melayu Cekak Musang daripada material Songket, mempunyai 5 butang baju, berbengkong dan memakai samping ikatan gaya Perak iaitu Ikat Pancung.
🐣 Baju Melayu ini juga dipadankan dengan pemakaian tengkolok solek Ayam Patah Kepak.
Baju Perempuan Negeri Perak
🐣 Pakaian perempuan Negeri Perak dikenali sebagai pakaian Puteri Perak yang asalnya merupakan pakaian rasmi puteri-puteri kesultanan perak.
🐣 Biasanya ia dipakai bersama samping ikatan cara Perak dan disesuaikan dengan selendang panjang dari material songket bunga penuh.
Baju Wilayah Persekutuan
Baju Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🐣 Kaum lelaki di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memakai baju melayu cekak musang berbutang lima dari material songket bunga tabur.
🐣 Baju melayu ini dipadankan dengan Samping dari material Songket dan tanjak ikatak kreatif.
Baju Kebaya Wilayah Persekutuan
🐣 Baju kebaya labuh potangan moden yang berbelah di bahagian hadapan. Material kebaya labuh in daripada material Songket bunga tabur.
🐣 Selendang turut dipadankan sebagai pelengkap gaya.
Baju Negeri Sembilan
Pakaian lelaki Negeri Sembilan
🐣 Lelakai memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Baju dihiasi dengan sulaman benang emas di leher dan lengan baju.
🐣 Seluar berkaki lebar, memakai samping daripada material tenun dan dilengkapkan dengan setanjak ikatan dendam tak sudah.
Baju Kurung Negeri Sembilan
🐣 Baju kurung Negeri Sembilan adalah baju kurung Teluk Belanga dipadankan dengan kain sarung daripada material songket tenun bung penuh.
🐣 Bagi wanita bangsawan dari keturunan Minangkabau, pakaiannya daripada material kain baldu bersulam benang emas yang bertatahkan labuci.
🐣 Manakala hiasan kepala dipanggil Sunting dan dilengkapkan dengan lapik dada daripada material baldu bertekat manuk dan labuci.
Baju Negeri Terengganu
Baju Melayu Negeri Terengganu
🐣 Baju Melayu Teluk Belanga daripada material Songket Bunga Tabur Berbenang Emas.
🐣 Baju Melayu dipadankan dengan Samping daripada material Songket Bunga penuh dan dilengkapkan dengan bengkong di pinggang.
🐣 Tanjak yang dipakai adalah dari ikatan Laksamana Terengganu.
Baju Kurung Negeri Terengganu
🐣 Baju kurung Negeri Terengganu adalah baju kurung berpesak daripada material Songket Tenun Bunga Tabur Terengganu yang dihasilkan dari benang emas.
🐣 Baju kurung ini turut dipadankan dengan selendang panjang daripada material Songket Bunga Tabur Berbenang Emas.
🐣 Untuk melengkap lagi gaya, kaum wanita memakai rantai leher dan gelang tangan. Manakala, cucuk sanggul dan bunga turut dipakai sebagai pemanis.
Baju Negeri Pahang
Baju Melayu Negeri Pahang
🐣 Baju melayu Cekak Musang berbutang lima daripada material songket bunga tabur.
🐣 Kaum lelaki memakai samping daripada material Songket tenun pahang dan dipakai dengan cara ikatan Negeri Pahang.
🐣 Tanjak jenis ikatan lang menyongsong angin atau sekelongsong bunga dijadikan sebagai pelengkap gaya.
Baju Kurung Pahang
🐣 Baju kurung Riau Pahang dikenali juga sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki.
🐣 Potongan di kedua-dua bahgaian tepi baju ini berpesak kembang yang disambungkan dengan kekek gantung.
🐣 Baju ini turut dipadankan dengan selendang panjang daripada material Songket Tenun.
Baju Negeri Kelantan
Baju Melayu Negeri Kelantan
🐣 Pakaian lelaki Negeri Kelantan juga dikenali sebagai Baju Putera Raja yang terdiri daripada baju Sikap daripada material Songket.
🐣 Baju tersebut dilengkapkan dengan samping limar atau songket ikatan pancung.
🐣 Manakala, tanjak yang dipakai adalah dari ikatan Geram Sebuku atau Getam Budu.
Baju Kurung Kelantan
🐣 Cik Siti Wan Kembang berpakaian kain songket panjang yang dibelit sebagai kain sarung.
🐣 Kain limar punca potong dililit ke bahagian dada sebagai kain kemban jantan dan dikemaskini dengan tali pinggang serta pending.
🐣 Turut dilengkapkan dengan selendang panjang songket Jong Sarat sebagai penutup bahu.
Baju Negeri Johor
Baju Negeri Melaka
Baju Negeri Sabah
Baju Negeri Sarawak
Tips pemilihan baju kurung atau dress supaya nampak glamour
1. Pastikan taste sendiri dahulu.
2. Lihat sekarang tengah trending stail yang macam mana. Untuk trends tahun 2020 adalah simple dan lawa. jadi tidak perlu sarat dengan lace atau banyak glitter.
3. Bagi pemilihan warna – untuk tahun 2020 ni pilih warna seperti Kuning, Dusty Pink, Grey, Oren dan Dusty Pink.
4. Bagi pemilihan cutting sama ada cutting loose atau slim seperti di bawah:
🌸 Jenis kurus dan tinggi – sesuai pakai cutting loose seperti A-line. Cutting slim pun boleh.
🌸 Jenis kurus tapi pendek – Apa-apa cutting pun sesuai.
🌸 Jenis pendek tapi berisi – sesuai pakai cutting slim fit.
🌸 Jenis pendek – sesuai pakai Maxi Dress atau Abaya Moden
Bagaimana memilih baju yang sesuai dengan bentuk badan
1. Jenis kurus dan tinggi
🌠 Sesuai pakai baju kurung pahang kerana ia kembang di bahagian bawah dan membuatkan uolls nampak lebih menarik. Baju jenis ini tidak sesuai bagi orang gemuk dan pendek kerana ianya akan kelihatan lagi kembang.
2. Jenis rendah dan kecil (petite)
🌠 Pilih baju dan kain corak yang sama supaya nampak lebih tinggi.
3. Jenis rendah dan perut buncit
🌠 Pilih baju pesak gantung, baju jenis ini hanya kembang sedikit sahaja berbanding dengan baju kurung pahang. Baju pesak gantung amat sesuai untuk menutup perut buncit dan nampak lebih langsing.
4. Jenis punggung besar tetapi dada kecil dan perut leper.
🌠 Pakai baju yang ada dart di depan yer. Jangan biarkan punggung nampak lagi besar.
5. Jenis dada besar tapi punggung leper.
🌠 Pilih baju yang ada dart di belakang. Jangan pilih dart di depan, nanti nampak perut dan dada lebih menonjol.
6. Jenis dada bidang.
🌠 Pilih baju cutting duyung sebab ia akan memberi keseimbangan pada bahagian bawah
No posts found!