Baju kurung tanpa gosok adalah trends bergaya sepantas 5 minit dengan gojes meletop-letops pada tahun 2020. Kebiasaannya Material yang digunakan ialah material Luxury Korean Moss Printed. Material ini sejuk dan sangat selesa dipakai seharian. Bestnya hidup lebih mudah. Nak keluar hanya ambil, pakai dan tak sampai 5 minit dah siap gojes meletop-letops.

Kelebihan baju kurung tanpa gosok ialah memudahkan urusan kita untuk bersiap express dan jimat masa. Nak cantik, kemas dan bergaya versi muslimah wajib ada baju tak payah gosok seperti baju kurung Agung dan Emmaline suit. Sibuk mana pun kita sebagai perempuan kena jaga penampilan supaya nampak kemas dan cantik. Sesuai sangat untuk wanita berkerjaya dan yang terbatas masa. 

Baju kurung Agung ini menjadi kegilaan ramai terutama sekali geng-geng cikgu kerana memudahkan urusan harian. Nak keluar terus ambil dan sarung tanpa susah-susah nak iron baju lagi. Selain daripada itu, potongan baju kurung Agung ini sangat special yang diuji berkali-kali supaya dapat menghasilkan perfect cutting, bila dipakai baju ini terletak elok. Selain daripada itu, baju ini tidak melekap dan mampu memberikan effect kurus dan langsing apabila memakainya. Harganya mampu milik hanya RM79 sahaja. Kalau kita beli kain dan menempah dengan tukang jahit, biasanya kos yang diperlukan lebih mahal daripada kita membeli baju kurung Agung ini, 

Apa itu material Luxury Korean Moss Crepe Printed?

Luxury Korean Moss Crepe printed ialah material Moss Crepe bercorak. Biasanya corak-coraknya amat cantik. Baju daripada jenis ini bukan sahaja cantik tapi amat selesa dan sejuk untuk dipakai seharian, tidak melekat di badan dan sedikit memeri atau strechable. Walaupun dibasuh berulang-ulang kali tetapi warnanya tidak pudar dan tidak turun warna

 

Tips pemilihan warna baju kurung tanpa gosok untuk mendapatkan mood berbeza setiap hari 

 

Setiap kali membuka almari, pasti pening mahu memilih pakaian apa untuk dipakai. Namun, tahukah anda warna pakaian mampu mempengaruhi emosi atau mood seseorang? Malah, kuasa warna juga secara tidak langsung melambangkan personaliti diri. Justeru, pemilihan warna yang tepat penting kerana ia bukan sahaja boleh mencerminkan emosi anda, malah perasaan orang-orang di sekeliling anda. Info di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat memberi panduan untuk menggambarkan warna peribadi anda.

Merah

Ingin mendapatkan perhatian seseorang?  Merah adalah warna yang tepat . Wanita yang memakai pakaian merah juga seorang yang berani dan peramah, namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak. Tetapi hati-hati, warna merah juga dikatakan mempengaruhi nafsu makan di mana ia mampu membuatkan kita rasa lapar.

Biru

Warna biru selalu dikaitkan dengan tenang, sejuk dan aman. Jadi jika anda berasa tertekan atau mood anda tidak berapa baik pada hari itu, warna biru mungkin dapat membantu anda untuk berasa lebih tenang. Kajian juga menunjukkan bahawa biru juga boleh membuat anda lebih kreatif, sabar, cerdik, berkeyakinan tinggi serta rajin.

Hijau

Sama seperti biru, warna yang berkaitan dengan alam semula jadi ini juga mampu memberikan ketenangan dan kedamaian. Namun, warna hijau juga ibarat lambang sifat cemburu. Malah, mereka yang mengenakan pakaian berwarna hijau turut dikatakan mudah sensitif dan tidak mudah mempercayai orang lain.

Kuning

Jika anda berasa down, warna kuning mampu menceriakan. Kuning juga dikaitkan dengan inspirasi, kecerdasan serta idea dan pemikiran yang tinggi. Justeru, jika pergi ke temuduga atau mesyuarat, anda boleh menggayakan warna ini untuk mendapatkan idea yang kreatif serta melancarkan skil komunikasi. Warna kuning juga dapat menimbulkan sikap spontan serta rasa semangat yang tinggi pada diri.

Ungu

Ingin tampak sofistikated, feminin dan mewah, ungu adalah pilihan warna yang anda cari. Seperti merah, ungu dapat merangsang serta meningkatkan tahap tenaga seseorang. Warna ini juga kadang-kadang dikaitkan dengan kerohanian dan gerak hati. Ia dapat melahirkan sikap yang positif, bercita-cita tinggi dan menanam sifat ingin berjaya dalam semua bidang.

Merah jambu

Warna kegemaran kebanyakan gadis di luar sana ini melambangkan cinta dan kebahagiaan. Mereka yang mengenakan warna ini mudah bersimpati dan memahami perasaan orang lain. Warna merah jambu sangat menenangkan, jadi jangan memakainya jika anda memerlukan banyak tenaga. Kebiasaannya peminat warna ini juga sedikit keanak-anakan dan sentiasa memerlukan dorongan orang lain.

Hitam

Kebiasaannya warna hitam melambangkan perasaan hiba atau kesedihan, tetapi sebenarnya ia mampu mengecas semula tenaga untuk hari berikutnya. Hitam melambangkan kesungguhan, kuasa dan tanggungjawab. Orang yang mengenakan warna hitam mempunyai semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat sendiri dan tidak mudah mengaku kalah.

Putih

Warna putih merujuk kepada kesucian dan kebersihan. Putih juga mewujudkan keperibadian yang positif, matang dan optimistik. Mereka yang suka warna ini dikatakan gemar menyendiri, amanah, mengamalkan gaya hidup bersederhana dan mampu membebaskan diri daripada tekanan. Warna ini sesuai dipakai pada hari Isnin kerana ia mampu merangsang semangat baru dan mencetuskan iderasa

Tips pemilihan baju kurung tanpa gosok supaya apabila dipakai ia kelihatan elok terletak

Nak dapatkan baju kurung tanpa Gosok?

No posts found!

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Open chat
1
Jika Tuan / Puan, memerlukan bantuan, kami sedia membantu :)